Sunday, September 28, 2014

Majlis Anugerah dan Motivation Rally Shaklee yang Awesome!


Alhamdulillah, sepetang hari ini dapat sertai Majlis Anugerah dan Motivation Rally yang dianjurkan oleh Shaklee untuk semua ahli Shaklee sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Lebih menyeronokkan apabila majlis Anugerah kali ini kami dapat menjadi salah seorang daripada penerimanya. Ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan event Shaklee hari ini? Ingin melihat suasana sekitar event Shaklee berlangsung? Haaaa..apa kata anda teruskan ikuti bacaan anda.. Siapa tahu mungkin anda sedang mencari dan menilai peluang perniagaan anda sendiri? 

Alhamdulillah, beberapa minggu yang lalu menerima sepucuk surat jemputan daripada Shaklee untuk menghadiri Majlis Anugerah dan Motivation Rally Shaklee pada hari ini, 28 September 2014 (Ahad) yang bertempat di Shah Alam Convention Centre bermula jam 2 petang sehingga jam 6 petang. 

Sekali lagi dapat bertemu dengan rakan-rakan dalam group support ketika ini memang menyeronokkan. Masakan tidak, apabila bertemu semakin merapatkan ukhuwah di antara kami yang selama ini hanya bersembang dan berbincang hanya melalui Wassap, telegram dan group facebook sahaja. Apabila bertemu, pasti membuahkan bibit-bibit pertemuan yang lebih indah.

Apa lagi yang menyeronokkan sepanjang event Shaklee hari ini bagi kami yer? Hehehe, sudah tentunya penerimaan anugerah sejak bergiat aktif setahun yang lalu. Jangan tak tahu, biasanya Shaklee meraikan semua Distributor nya dengan layanan yang sangat baik, sangat puas hati tau. Walaupun hanya sekadar menerima sijil hari ini, tetapi ianya cukup memberi makna buat saya, suami dan anak. 

Pastinya yang lebih gembira hari ini berbanding kami adalah anak kami, Nur Hanan. Sejak semalam lagi sering kali pertanyaan "Kita nak naik pentas esok yer Ummi.." menjadi persoalannya hampir setiap masa. Allah, tak larat nak layan kadang rasa. Dan memang benar..Hari ini, Nur Hanan yang lebih teruja berbanding kami sendiri. 

Nur Hanan yang teruja ingin menerima anugerah di atas pentas

Nur Hanan yang semakin sayang dengan Shaklee
Selain daripada penyampaian Anugerah kepada semua Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Senior Cordinator, Key Coordinator, yang paling menarik event kali ini adalah sesi Motivation Rally yang disampaikan oleh Master Farihah Kassim dan Presidental Master Hadhatina. Syukur, sangat-sangat memberikan motivasi untuk terus maju dan berdaya saing melakar kejayaan sendiri. 

Motivation Rally yang disampaikan oleh Presidental Master Hadhatina
Motivaton Rally yang disampaikan oleh Master Farihah
InsyaAllah semua orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. Shaklee juga menyediakan peluang tersebut untuk semua orang, semua keluarga. Saya, anda dan siapa sahaja layak, asalkan punya kemahuan yang sangat tinggi untuk berjaya. Kerana tiada sesiapa yang dapat mengubah nasib mereka sendiri, melainkan diri kita sendiri!

Bahkan, yang lebih istimewa dan menarik setiap kali program Shaklee sebegini, tidak lari daripada pemberian cabutan bertuah. Oh memang sungguh bertuah la kan sebab antara hadiah yang ditawarkan berupa Vivix, Collagen, Phytocol-st dan Mealshake. 

Siapa yang tidak seronok bukan? Program sebegini bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada semua ahli di atas kerja kuat masing-masing, malah memberikan peluang dan ruang untuk semua bersua muka antara satu sama lain bagi meneruskan kembali semangat untuk terus maju ke hadapan. Bukankah seandainya kita mahu berjaya, kita memerlukan sokongan dan berkawan dengan orang-orang yang telah berjaya dan punya semangat dan aura yang positif? So, antara salah satunya yang terbaik adalah melalui penganjuran event sebegini. 

Kita ikuti beberapa foto sepanjang event ini berlangsung..

Kehadiran yang cukup memberansangkan. Penuh dewan dengan kehadiran semua tetamu





Peningkatan Shaklee di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu

Anda ingin sertai kami? Ingin menyertai group hebat kami? Jangan terlambat dan jangan berfikir lagi. Ambil tindakan pantas anda kerana mungkin anda di antara bakal penerima anugerah akan datang, bakal pengedar yang akan menjana pendapatan tinggi sekaligus dapat membantu seluruh keluarga anda dengan mengambil tindakan untuk mengubah hidup anda. 

Hubungi kami segera,
Sertai group support mantap kami..



Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan seluruh Malaysia


1 comment: