Kehidupan kita sebagai manusia dan hamba kepada Maha Pencipta, Allah swt tidak pernah kan lari daripada sebarang cabaran, tohmahan dan sebagainya. Oleh itu, manusia sentiasa memerlukan peringatan, panduan dan pedoman setiap saat dan ketika.
Ikuti 19 Wasiat Luqman Hakim kepada anaknya yang dicatat dalam satu surah al-Qur'an (Surah Luqman). Moga ianya menjadi manfaat buat kita semua..
1) Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan, tegahlah
kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa. Anggap musibah sebagai
satu benda yang ringan.
2) Wahai anakku, ingatlah Allah banyak-banyak, sesungguhnya
Allah mengingati orang-orang yang mengingatinya. Janganlah kamu menganggap
amalanmu sudah banyak. Taatilah Allah, maka Allah swt akan selesaikan setiap
urusannya dan melindungi daripada makhluk-makhluk.
3) Anakku, janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak
dicipta untuk dunia dan Allah tidak mencipta suatu pun yang lebih hina daripada
dunia
4) Wahai anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang
berpanjangan.dan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu.
5) Anakku cukuplah yang sedikit dan redalah dengan apa yang
kamu dapat. Janganlah engkau menoleh ke arah apa yang orang lain dapat kerana
itu akan menyusahkanmu. Anakku, puasalah dan tutuplah mulutmu daripada
makanan-makanan yang keterlaluan.
6) Anakku, bersahabatlah dengan orang-orang yang bijaksana
dan redalah dengan apa yang mereka perkatakan, nescaya kamu akan menjadi
bijaksana.
7) Anakku, bercakaplah dengan orang lain dengan kata-kata
yang baik dan duduklah dengan ahli-ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan
menerbitkan dalam diri rasa syukur.
8) Anakku, laksanakanlah hajat sekadar yang perlu dan
elakkan daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu. Janganlah menjadi orang
yang suka ketawa pada perkara yang tidak diperlukan. Jadilah seorang yang
lembut dan sukakan kebaikan, suka berfikir, sedikit bercakap melainkan pada
perkara-perkara yang hak. Selalu menangis kerana takutkan Allah dan sedikit
bergelak ketawa. Apabila engkau senyap, jadikanlah senyap itu berfikir dan
apabila berkata, biarlah yang baik-baik saja.
9) Anakku, banyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati
dan engkau tidak akan sesekali kecewa kerana diam. Tetapi engkau mungkin akan
kecewa kerana banyaknya ketawa.
10) Anakku, janganlah biarkan ‘ayam’ lebih cerdik darimu kerana
ia akan kibaskan kepaknya pada waktu malam dan bertasbih kepada Allah. Jagalah dirimu
daripada sifat cuai. Takutlak Allah dan janganlah kamu tertipu dengan kata-kata
si jahil.
11) Manfaatkanlah apa yang Allah ajarkan kepada kamu.
Sebaik-baik ilmu adalah yang dimanfaatkan dan memberi manfaat kepada orang lain
juga.
12) Anakku, sepandai-pandai manusia adalah yang paling takut
kepada Allah swt. Pelajarilah kebaikan dan ajarkanlah ia.
13) Anakku, engkau hendaklah tawadu’ (merendah diri)
14) Anankku, seseorang yang keji apabila berkata-kata akan
kelihatan kejahatannya melalui lidahnya dan apabila dia senyap pun, nescaya
kejahatannya diketahui juga.
15) Anakku, fahamilah erti hikmah dan jadikanlah akhlakmu
sebagai seorang yang berhikmah.
16) Anakku, kenapakah engkau menghilangkan hartamu dan
memperbaiki harta orang lain. Anakku, jadilah orang yang mudah digauli, manis
muka dam itulah dia akhlak orang yang soleh.
17) Anakku, elakkanlah menolak permintaan orang lain dan
terimalah keuzuran yang diminta orang lain. Janganlah engkau tertipu dengan
kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak mengetahui yang mana satukah yang
akan diterima.
18) Anakku, tidak ada yang lebih bernilai di sisi Allah,
lebih daripada akal. Akal itu tidak sempurna sehingga ada padanya 10 sifat
iaitu takutkan Allah, tidak takabbur, harapkan hidayah, makanan sekadar
keperluan, tawaduk lebih disukainya, tidak takut melakukan kebaikan sepanjang
hidupnya, tidak bergantung pada orang lain pada hajat-hajatnya, merasa banyak
kebaikan orang, rasa sedikit kebaikan sendiri, dan melihat orang lain lebih baik
daripadanya dan dia sendiri lebih jahat dari mereka.
19) Wahai anakku, selalulah bertemu ulama dan janganlah
engkau berbahas (berlawan kata) dengan mereka nescaya mereka akan membencimu.
Ambillah daripada dunia sekadar keperluan dan infaqlah (sedekahlah)
daripada hasil-hasil pendapatanmu untuk akhiratmu.
Salam Sayang,
Ummu Hanan
Sumber Rujukan:
Buku “Anakku Hebat, Anakku Soleh”
Zahazan Mohamed
Didik lah anak-anak kita menjadi muslimin dan muslimah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah...apabila kita sudah tiada anak-anak inilah kelak yang akan mendoakan kita.
ReplyDeletejemput tengok resei icip-icip saya..
http://bit.ly/1sOjt1O
Terima kasih di atas perkongsian ini..
ReplyDeleteJemput ke blog saya:
http://iras-secret-of-healthy-life.blogspot.com