Friday, September 19, 2014

Kediaman Selamat Dengan Pencuci Bebas Kimia

Cuti hujung minggu menjadi pilihan untuk si ibu membersihkan rumah, mengelap lantai, membersihkan dapur dan bilik air. Manakala si bapa pula mencuci kereta dan membersihkan laman.

Anak-anak juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama membantu meringankan beban ibu bapa.

Namun adakah selepas mereka melakukan kerja-kerja tersebut, mereka benar-benar yakin kediaman itu cukup bersih dan selamat untuk didiami?

Begitu juga anda, adakah anda rasa, anda telah membersihkan kediaman anda sehingga rasa selamat untuk didiami???

Ya, kita rasa nyaman dengan penyegar dan wangian daripada pencuci yang kita gunakan, namun sedarkah kita bahawa sebenarnya kita telah mencemarkan kediaman kita.

Sama ada kita sedar atau pun tidak, bahan kimia yang dikatakan selamat yang terkandung dalam pencuci tadi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya untuk satu tempoh yang panjang terhadap kesihatan diri dan juga persekitaran.

Bukan pencuci rumah sahaja yang bahaya, kadang-kadang sabun pembersih diri, pencuci  muka, syampu dan alat-alat kosmetik, bahkan alat penyegar udara juga  mengandungi bahan kimia yang boleh mendatangkan masalah kesihatan walaupun dikatakan selamat.

Beberapa fakta tentang hal ini.

Sedarkah kita, kebanyakan bahan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik ini boleh mengganggu keseimbangan hormon.

Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Penulis ingin memetik satu tulisan yang dikeluarkan di dalam Utusan Malaysia yang cukup menarik untuk dikongsikan:

Antara lain ia menyebutkan:
Mengikut kajian Agensi Penjagaan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), lebih 90 peratus pendedahan terhadap racun sebenarnya berlaku di rumah.
 Peluntur klorin biasa merupakan pencuci nombor satu yang mempunyai bahan kimia berbahaya. Bahan-bahan pencemar ini boleh didapati dalam kebanyakan pencuci termasuk penyegar udara dan didapati berada pada paras dua hingga lima kali ganda lebih tinggi di dalam rumah berbanding di luar. Menurut Penilaian Keselamatan Kesihatan Alam Sekitar Amerika Syarikat pula, seseorang yang menghabiskan masa 15 minit mencuci dinding bilik mandi menyedut lebih tiga kali ganda wap glikol ether, iaitu sejenis gas yang boleh memudaratkan kesihatan, daripada pendedahan kepada produk yang digunakan untuk mencuci. Pencuci biasa juga membebaskan wap yang berpotensi meningkatkan risiko penyakit asma di kalangan kanak-kanak. Adakalanya, anak-anak kecil malah orang dewasa juga kerap mengalami masalah kulit tanpa mengetahui punca sebenarnya. Ramai yang menyangkakan ia akibat alahan kepada makanan tertentu, namun tahukah anda bahawa punca sebenarnya mungkin daripada bahan pencuci tadi? Selain memudaratkan kesihatan, penggunaan bahan-bahan pencuci biasa juga menyebabkan setiap seorang daripada kita menghasilkan kira-kira lima kilogram bahan buangan berbahaya setiap tahun. Fikirkan bagaimana bahan berbahaya ini secara senyap merosakkan alam sekitar tanpa kita sedari.

Antara bahan kimia toksik yang mendatangkan keburukan kepada manusia ialah naftalen, kerosin, formaldehid, fenol, kresol, lye, asid hidroklorik, sodium hidroklorik (peluntur), asid sulfurik, distilate petroleum, benzin, ammonia, paradiklorobenzin, sodium hidroksida, butil cellosolve dan asid fosforik.

Kanak-kanak yang terancam

Kebanyakan rumah ada menyimpan bahan-bahan pencuci yang pelbagai, khususnya di bilik mandi, dapur dan stor. Ia memudahkan kanak-kanak untuk mencapainya sehingga mereka menganggapnya seperti permainan.

Ramai yang merasakan bahan-bahan ini selamat, apatah lagi setelah digunakan setiap hari tanpa banyak masalah yang timbul. Namun pada hakikatnya bahan-bahan ini tetap bahaya malah boleh mendatangkan maut.

Solusi: Kembali kepada alam semula jadi.

Menyedari hakikat ini, Shaklee berusaha menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja.

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate adalah produk yang terbaik bagi menggantikan produk yang mengandungi bahan kimia yang biasa kita gunakan.

Ia memberi kuasa pembersihan semula jadi yang lebih selamat dan berkesan.

Ia sesuai digunakan bagi menangani seribu satu macam jenis kotoran di dalam dan luar rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Basic H2 adalah pencuci serba guna semula jadi tanpa toksik yang terbaik yang amat menjimatkan tanpa perlu bilasan.

Ia selamat dan berkesan untuk apa sahaja jenis cucian dan boleh digunakan oleh siapa sahaja tanpa curiga. Si ibu yang membersihkan bahagian dalam rumah, si bapa yang mencuci kereta dan membersihkan laman, mahu pun si anak yang ingin membersihkan barang permainan mereka.

Ya, apabila anda memilih untuk menggantikan 10 botol pencuci yang pelbagai jenama dan fungsi dengan sebotol Basic H2, ketahuilah ia adalah sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Cuma RM46 sahaja untuk sebotol pencuci yang boleh dicairkan menjadi 48 gelen  cecair pencuci serba guna. Memang berbaloi.

Anda sudah mengetahui dan memahami apa yang saya ingin sampai, maka tibalah masanya untuk anda menyingkirkan bahan berbahaya yang dikatakan selamat daripada rumah anda.

Bertukarlah kepada yang terbaik. Ia Selamat, Handal, Mesra Alam dan Jimat.




Ingin membuat penjimatan sehingga 25%?
Jangan lepaskan peluang sertai kami dengan membuat pembelian sebagai ahli Shaklee..
Lebih penjimatan, lebih berbaloi dari biasa..


Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah

COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...

1 comment:

  1. Basic-H mempunai pelbagai kegunaan untuk keperluan seisi rumah. Nak basuh tandas pon boleh, nak basuh kereta, nak basuh cermin rumha, untuk mop lantai. Sangat banyak kegunaannya. Jangan minum sudah

    ReplyDelete